Sunday, May 10, 2009

Banjir Kilat Di SKHM


30 April, SKHM telah dinaiki oleh banjir kilat yang hampir memasuki bilik kelas pada hari ini. Peristiwa ini berlaku apabila hujan turun dengan lebat selama kira-kira 40 minit.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang gagal berfungsi untuk mengalirkan air yang banyak itu untuk keluar melalui longkang sekolah. Ini adalah berikutan Projek Bangunan Sekolah Empat tingkat yang terbengkalai sejak Ogos tahun lalu telah menyekat aliran air keluar dari kawasan sekolah. Kejadian ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini , iaitu sejak projek tersebut dijalankan, namun banjir kali adalah yang terburuk berlaku.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.