PENGUMUMAN

Sunday, February 19, 2012

HARI INTERAKSI IBU BAPA

Sesi bersama Guru-Guru Tahun 6

Ibu Bapa yang hadir

Aku Janji Murid Tahun 6
Sesi Interaksi Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 6 telah diadakan pada 17/2/2012 jam 3.00 petang bertempat di Dewan SKHM.Program diadakan bagi mewujudkan persefahaman antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan Program Kecemerlangan UPSR 2012.

Saturday, February 11, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 10/2/12 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.
Antara pengisian program ialah :
1. Perarakan Guru dan Murid
2. Ceramah Sirah Rasul
3. Pertandingan Sepanduk
4. Pertandingan Kuiz Sirah Rasul
5. Pertandingan Nasyid




Majlis telah diakhiri dengan jamuan perpisahan En.Mokhtar Yunus akan telah berpindah ke SK Sungai Buloh.Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Panitia Agama Islam dan Kelab Staf yang telah berjaya melaksanakan program dengan baik.

MESYUARAT KURIKULUM DAERAH



Mesyuarat Kurikulum PPD Hilir Perak Kali 1/2012 telah diadakan pada 8/2/2012 bertempat di Dewan Kuliah SMK Seri Perak.Penolong Kanan Pentadbiran En.Alias b. Abd Rahman telah menghadiri mesyuarat mewakili Tuan Guru Besar.
Klik disini : Makluman dan Tindakan

Thursday, February 2, 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Ucapan terima kasih cikgu kepada Cikgu Mohamad Mokhtar Yunus atas khidmat bakti diberi sepanjang berada di SKHM.Dan ucap selamat bertugas di tempat baru SK Sungai Buloh bermula 8 Februari 2012.Jasa mu dikenang.

Monday, January 30, 2012

BANJIR KILAT DI SKHM



Hujan lebat di awal pagi menyebabkan berlaku banjir kilat di SKHM hampir menyebabkan kelas-kelas di bangunan lama dimasuki air.Banjir ini disebabkan sistem peparitan yang tidak dapat menampung aliran air yang banyak.

Monday, January 9, 2012

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Ucapan Guru Disipiln Cik Nur Adaviah Yusuf
Sesi memperkenalkan Pengawas PSS
Penyerahan 'vest' pengawas

Perhimpunan rasmi sekolah kali pertama sesi 2012 telah diadakan pada 09.01.2012.

Friday, January 6, 2012

MAJLIS KESYUKURAN

Warga SKHM mengucapkan terima kasih kepada En.Kamaruzaman Itam kerana menaja jamuan pada Majlis Perpisahan Ustaz Suhaimi.Warga SKHM mendoakan agar En.Kamaruzaman akan diberikan kesihatan yang baik selepas menjalani pembedahan begitu juga kepada Ustaz Suhaimi supaya terus sukses dalam kerjaya pendidikan.