
29 April, Pasukan Kompang SKHM telah menyertai pertandingan Kompang dan formasi peringkat daerah, di SMK Raja Muda Musa pada 29 April yang lalu. Pasukan sekolah di anggotai oleh 16 orang murid terdiri dari murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Terdapat 5 pasukan kompang sekolah rendah telah menyertai pertandingan tersebut, manakala pada peringkat sekolah menengah, terdapat hanya tiga pasukan sahaja.
Pada Pertandingan Kompang dan formasi tersebut, pasukan SKHM telah mendapat tempat ketiga, manakala johan dimenangi oleh pasukan kompang dari SK Kampung Baru Batu 16.
1 comment:
Post a Comment