Monday, May 18, 2009

Hari Guru Peringkat Sekolah


18 Mei, Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di kantin sekolah. Majlis yang sepatutnya bermula dengan acara sukaneka dan senaman aerobik pada mulanya , telah tukar kepada acara persembahan guru dan murid kerana faktor cuaca. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah , bacaan perutusan dan KPPM dan MPM. Seterusnya ucapan daripada wakil murid yang disampaikan oleh Adik Razin Binti Roslain, ucapan Guru Besar,Tuan Hj.Kamalodin Bin Mohamad dan diserikan dengan persembahan daripada murid-murid dan guru-guru.
Majlis ini dihadiri oleh YDP PIBG, Tn.Hj.Roslain Bin Omar, NYDP PIBG, En. Lokman dan beberapa orang AJK PIBG. Semasa jamuan hari guru, seorang wakil daripada Bank Rakyat telah hadir dengan membawa kek sumbangan daripada pihak bank.
Selepas jamuan makan, majlis diwarnai dengan acara sukaneka antara guru-guru. Permainan seperti memasukkan bola ke dalam bakul, mengisi air ke dalam botol dan mengasingkan kekacang mengikut jenis, amat menghiburkan.
Akhir sekali semua murid dan guru berkumpul di kantin untuk acara penyampaian hadiah. Di akhir majlis Cikgu Amenuddin Bin Abdul Aziz telah diumumkan sebagai Tokoh Guru peringkat sekolah bagi tahun 2009. Pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pengusaha kantin yang telah menaja jamuan untuk sembutan hari guru, Puan Nurul Farah Idayu kerana sumbangan kek dan Guru Besar yang bermurah hati memberi hadiah untuk semua staf. Juga jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis dari awal hingga akhir.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.