Friday, November 7, 2008

Perkhemahan Unit Beruniform 2008




8 Nov. Satu perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini di padang SK Hutan Melintang. Perkhemahan yang dijalankan selama satu hari bermula jam 7.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang ini bertujuan untuk memberi pendedahan, latihan dan kemahiran kepada murid tentang kemahiran pengurusan diri, disiplin serta sikap bekerjasama di dalam kumpulan. Murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah seramai 100 orang, terdiri dari murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang mewakili unut beruniform Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Mereka di dedahkan dengan aktiviti seperti kawad kaki, memasang khemah, membuat gajet, pertandingan memasak, kembara, sukaneka dan kuliah serta tazkirah agama. Majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamalodin bin Mohamad, iaitu Guru Besar SK Hutan Melintang.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.