Thursday, November 13, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan 2008


13 Nov. Hari ini telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 peringkat sekolah di dalam suasana yang meriah. Majlis yang diadakan di dewan kantin sekolah bermula kira-kira pada jam 10.00 pagi iaitu sejurus selepas ketibaan guru besar dari PPD Hilir Perak, Teluk Intan kerana mengambil keputusan peperiksaan UPSR yang telah diumumkan sebelum ini. Majlis Anugerah ini dirasmikan oleh Ustaz Mat Hamdan bin Amin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Bahagian Pendidikan Islam Dan Moral, Pejabat Daerah Hilir Perak. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG Tuan Haji Roslain Bin Omar, diikuti dengan ucapan Guru Besar Tuan Haji Kamalodin Bin Mohamad, seterusnya ucapan perasmian oleh Ustaz Mat Hamdan Bin Amin. Majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid dari pra sekolah hingga murid tahun 6. Pada majlis itu juga guru besar telah mengumumkan seramai 13 orang murid telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan pada hari ini. Pada majlis ini murid-murid dari tahun 1 hingga 6 yang cemerlang didalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini telah menerima anugerah masing-masing. Pihak sekolah juga turut menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, anugerah galakan membaca NILAM, anugerah kecemerlangan agama, dan ketua serta penolong kelas. Pada akhir majlis , Cikgu Mohd Yusni selaku pengerusi majlis bersama Cikgu Farah Idayu telah mengumumkan Mohd Zahran Syahmi bin Armain sebagai penerima anugerah tokoh murid 2008 SK Hutan Melintang di atas kecemerlangan beliau dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.