
Sabtu 25 Okt. Warga SK Hutan Melintang mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat berbahagia menempuh alam rumahtangga kepada Ustazah Rofidah binti Mohd Nasir yang telah bertemu jodohnya dengan Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob pada hari sabtu yang lepas. Majlis akad nikah telah selamat dilangsungkan oleh naib kadi di masjid Kampung Tanah Lalang dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki, majlis turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pengantin sekitar jam 11 pagi. Selepas majlis akad nikah , majlis kenduri walimatul urus dan majlis persandingan telah di adakan di rumah pengantin perempuan iaitu di Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh iaitu kira-kira 1 kilometer dari masjid tersebut. Manakala majlis walimatul urus di rumah pengantin lelaki akan dilangsungkan keesokan harinya iaitu pada hari Ahad 26 Oktober. Ustazah Rofidah yang bertugas sebagai seorang guru Agama di SK Hutan Melintang sejak tahun 2006 telah bertemu jodoh dengan Mohd Sharif yang berasal dari Ipoh, Perak. Mohd Sharif bertugas di bahagian Perumahan , Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur dan mereka telah mula berkenalan sejak kira-kira 5 tahun yang lalu. Kami semua mendoakan semoga mereka memperolehi kebahagiaan dan keberkatan hidup dengan perkahwinan ini, semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang ramai..... Amiin..!
No comments:
Post a Comment