Sunday, October 26, 2008

PK HEM Menunaikan Fardu Haji

24 Okt. Satu majlis bacaan Yaasin telah diadakan di dewan SK Hutan Melintang Khusus bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pergi dan balik PK HEM SK Hutan Melintang iaitu Ustazah Pn. Hjh Seam binti Ahmad yang akan berangkat ke tanah suci pada 31 Oktober ini bagi menunaikan fardu haji pada tahun ini. Turut diraikan bersama ialah mantan guru besar SK Hutan Melintang iaitu Cikgu Saleh bin Abdul Hamid dan isteri yang turut hadir dalam majlis tersebut. Beliau juga akan berangkat ke tanah suci bersama isteri pada bulan November nanti. Warga SK Hutan Melintang mendoakan semoga mereka dapat melakukan ibadat haji dengan sempurna mengikut rukun-rukunnya dan wajib-wajibnya serta mendapat haji yang mabrur, insya allah... Amin !

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.