10 Oktober, Satu majlis persaraan telah diadakan pada hari ini bagi meraikan persaraan guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Hutan Melintang iaitu Puan Hjh Sumian binti Salihan. Beliau telah bertugas sebagai PK Koko di sekolah ini selama 9 tahun iaitu sejak tahun 2000. Beliau yang mendapat pendidikan menengah di SM Raja Chulan, Ipoh Perak,telah dapat melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1973.
Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai seorang pendidik iaitu bermula sejak tahun 1974 di SM Pekan Baru Muar, Johor. Pada tahun 1979 beliau telah bertukar ke SMK Khir Johari Sungai Sumun, dan berpindah pula ke SK Sungai Buloh pada tahun 1990 sehinggalah beliau dinaikkan pangkat menjadi guru Penolong Kanan Koko di SK Hutan Melintang pada tahun 2000. Beliau telah memilih untuk bersara wajib pada usia 56 tahun dan akan bersara mulai 12 Oktober 2008 ini. Warga pendidik telah kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi, yang telah banyak menaikkan nama SK Hutan Melintang diperingkat kelompok,daerah dan negeri dalam bidang Ko-kurikulum terutamanya bola jaring, bola sepak, bola baling, catur, boling dan sepak takraw.
Semoga beliau memperolehi keberkatan dan kesihatan dalam kehidupan. Warga SKHM mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan, kegembiraan, dan dipanjang usia dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Amin!!
No comments:
Post a Comment