Friday, October 10, 2008

Majlis Jamuan Hari Raya Idulfitri


10 Oktober, Majlis jamuan hari raya idulfitri 1429 H peringkat sekolah telah diadakan di SK Hutan Melintang pada hari ini. Semua murid diminta membawa kuih dan makanan sendiri dari rumah untuk tujuan tersebut. Murid juga diminta untuk memakai baju raya masing-masing dari rumah.

Majlis diadakan di dewan kantin SK Hutan Melintang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Pn.Hjh.Noraini iaitu Guru Besar SK Hutan Melintang. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan didalam majlis tersebut.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.