Wednesday, September 3, 2008

Program RIMUP di SJKT Ladang Jenderata 3


Program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) telah diadakan pada hari Khamis 28 Ogos 2008 bermula pada pukul 2 petang. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara kaum dikalangan murid sekolah. Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SK Hutan Melintang, SJKC Pooi Seng dan SJKT Ladang Jenderata 3.


Seramai 30 orang murid dari setiap sekolah yang terlibat hadir menjayakan program tersebut. Pegawai yang turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelia PPD SJKC, Penyelia PPD SKJT, guru besar , gpk dan guru-guru.


Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah nyanyian lagu Negeraku, lagu negeri Perak, lagu patriotik, persembahan kebudayaan kaum india, cina dan melayu, sajak dan aktiviti mewarna lukisan secara berkumpulan.


Dengan adanya program seumpama ini adalah diharapkan ia dapat memupuk semangat perpaduan dan integrasi diantara murid-murid dan antara guru-guru demi menjayakan hasrat kerajaan menjadikan masyarakat Malaysia yang bersatu padu diantara berbilang bangsa.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.