Monday, August 25, 2008

Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat UPSR 2008


Bagi mendoakan kejayaan yang cemerlang pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Agama Islam dan Dakwah SK Hutan Melintang serta Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Hutan Melintang akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk tujuan tersebut.


Majlis tersebut akan diadakan bertempat di Dewan SK Hutan Melintang pada 28 Ogos 2008 ini bermula jam 7.15 petang. Program akan dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah diikuti dengan solat Hajat dan bacaan Yaasin. Majlis tersebut akan dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Mohd. Fairuz bin Abdul Hadi, guru agama SK Hutan Melintang. Majlis jamuan akan diadakan selepas solat Isyak berjamaah.


Semua pelajar, ibu bapa dan penjaga serta guru-guru yang beragama Islam diminta hadir untuk bersama-sama mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka. Majlis bacaan Yaasin seumpama ini telah pun diadakan sebelum ini dibeberapa buah masjid yang berhampiran iaitu Masjid Aziziah Batu 10, Masjid Al-Aula Simpang Empat, Surau As-Saadiah dan Masjid Jamek Hutan Melintang.


Semoga dengan usaha yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan kejayaan yang cemerlang kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 9, 10 dan 11 September 2008 ini.

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.