Sunday, September 7, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR


Warga SK Hutan Melintang ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada calon-calon UPSR 2008. Pada tahun ini seramai 58 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR.

Peperiksaan akan berjalan selama 3 hari bermula pada hari esok iaitu 9 September dan berakhir pada 11 September 2008. Semua calon telah diingatkan supaya membawa kad pengenalan atau surat beranak masing-masing pada hari peperiksaan tersebut. Mereka juga dinasihatkan untuk membawa peralatan peperiksaan yang mencukupi dari rumah untuk mengelakkan sebarang masalah seperti masalah pensel patah dan kehilangan getah pemadam.

Semua warga sekolah juga bersama-sama mendoakan kejayaan mereka. Sehubungan dengan itu satu majlis doa selamat dan restu serta bersalam-salaman dengan guru-guru untuk meminta restu telah diadakan pada pagi ini bagi mendoakan kejayaan mereka.

Selamat menjalani Peperiksaan UPSR..!

No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.