Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan 1429 Hijrah yang penuh keberkatan , kemuliaan dan kerahmatan pada 1 September 2008. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan kita di bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti banyak bersedekah, qiamullail, bertadarus Al-Quran, Solat Tarawih, berzikir, bertahajjud, berdoa, beristighfar dan lain-lain. Disamping itu elakkanlah membuat perkara-perkara yang sia-sia dan dosa seperti mengumpat, mengeji, mencaci, menipu banyak berkata-kata, banyak tidur, dan sebagainya yang tidak memberi faedah.
Bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan dan bulan jihad. Marilah kita sama-sama berjuang dan berjihad melawan hawa nafsu yang ada di dalam diri kita. Inilah peluang untuk kita mengalahkan nafsu kerana dibulan yang lain kita berhadapan dengan nafsu dan Syaitan yang sentiasa bersama menggoda dan menyesatkan kita. Pada bulan ini kita hanya berhadapan dengan nafsu sahaja..! Marilah juga kita berjihad dan berjuang untuk sama-sama menegakkah agama Allah dan Kalimah Allah di muka bumi ini..!
Pada Ramadhan ini, SKHM akan mengadakan program Tadarus Al-Quran secara berkumpulan peringkat sekolah. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang naqib yang terdiri diri seorang guru. Seorang murid akan bertadarus secara bergilir dan disemak oleh guru dan rakan yang lain. Program ini dijalankan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan. Tazkirah Ramadhan juga akan di adakan setiap hari pada sesi perhimpunan pagi sepanjang Ramadhan ini. Semoga pelajar akan mendapat manfaat dan kebaikan dari program tersebut..!
No comments:
Post a Comment