2 Oktober. Satu sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dewan Kantin SK Hutan Melintang bermula jam 10.00 pagi. Majlis sambutan ini turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Tuan Hj Roslain Bin Omar, Naib YDP PIBG En.Lokman dan bekas Guru Besar SK Hutan Melintang iaitu Bonda Hjh Noraini Bin Muhammad .
Pada majlis tersebut murid-murid diminta memakai baju raya serta membawa kuih raya masing-masing, manakala pihak sekolah telah menyediakan juadah nasi himpit dan kuah kacang kepada semua murid.
Guru-guru dan kakitangan pula mengadakan jamuan hari raya di dalam kantin dan antara menunya ialah rendang ayam, lemang, nasi himpit, pecal dan macam-macam lagi..
No comments:
Post a Comment