2 Oktober. Satu majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Kantin SK Hutan Melintang. Majlis yang bertujuan untuk meraikan murid yang telah menyertai program tadarus Al-Quran sepanjang bulan ramadhan itu telah disempurnakan dengan rasminya oleh tuan guru besar iaitu Tuan Hj.Kamalodin bin Mohamad.
Antara objektif majlis dan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid supaya sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran serta menghayati isi kandungan kitab suci ini. Ia juga bagi memupuk sikap suka melakukan ibadah terutama sepanjang bulan ramadhan yang lalu.
Aturcara majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan taklimat dari naqib majlis khatam Al-Quran iaitu Ustaz Mohd Fairus bin Abdul Hadi dan seterusnya mengetuai majlis khatam Al-Quran yang dianggotai oleh sebahagian murid yang telah menyertai program tadarus Al-Quran.
Majlis di akhiri dengan penyampaian Sijil dan cenderahati oleh tuan guru besar dan Timbalan YDP PIBG.
No comments:
Post a Comment