
Amboi, semakin besar mantan GB ni ye! Jangan marah....usik-usik manja!
Pada 12 Ogos 2009, bersamaan hari Rabu telah berlangsung Program Motivasi untuk murid-murid tahun enam yang merupakan sebahagian daripada Program Kecemerlangan UPSR SKHM. Justeru, pihak urus setia telah menjemput mantan guru besar, iaitu Tn. Hj. Saleh bin Abdul Hamid untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan "Hala Tuju Kecemerlangan".
Semoga kehadiran beliau sekurang-kurangnya dapat menaikkan semangat dan iltizam calon-calon UPSR 2009. Terima kasih, cikgu...!
No comments:
Post a Comment