
Satu program tadarus Al-Quran telah dirancang dan dijalankan sepanjang bulan ramadhan ini. Program yang melibatkan murid-murid tahun 3, 4 dan 5 ini dilaksanakan sepanjang waktu rehat sesi persekolahan iaitu bermula pada pukul 10.35 pagi sehingga jam 11.05 pagi. Peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan dianggotai oleh 6-7 orang murid serta dibimbing oleh seorang guru. Setiap kumpulan perlu menghabiskan 4-5 juz bacaan Al-Quran mereka.
Antara objektif program ini adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar bertadarus Al-Quran serta memberi pengetahuan dan kesedaran kepada mereka tentang kelebihan, kebaikan dan fadhilat ramadhan.
No comments:
Post a Comment