Thursday, January 2, 2014

KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat Ilahi,kerana dengan izinNya SK Hutan Melintang telah dapat merancang Takwim Persekolahan bagi Tahun 2014.Sekalung penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan,guru-guru dan warga sekolah SK Hutan Melintang yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam menjayakan perancangan ini.Hanya Allah sahaja yang membalas jasa tuan puan semua.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat meneruskan tugas di sekolah ini dan kepada staf baharu selamat datang ke SK Hutan Melintangdengan harapan dapat menyumbang sesuatu atau idea bagu bagi kecemerlangan SK Hutan Melintang.sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih yang diberikan tanpa mengira jemu dalam semua bidang samada dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah oleh semua staf dan murid-murid.
Sesi persekolahan 2014 merupakan tahun kedua dalam gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.Oleh itu besar harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua guru mempunyai daya tahan yang jitu agar tidak lemas dalam gelombang ini.Pelbagai program telah dirancang bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan.semua guru diharapkan sentiasa dalam keadaan kesiapsiagaan dalam menerima kehadiran Pegawai SISC+ dan SIP+ dalam memberi bimbingan kepada pedagogi guru supaya pedagogi guru bertambah cemerlang dan berkesan.Ini merupakan transformasi Pejabat Pendidikan Daerah bermula Januari 2014.
visi Kementerian Pendidikan "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" merupakan visi baru Kementerian Pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah supaya arah tuju sekolah dan kementerian adalah selari.Lantaran itu marilah kita bersama-sama merealisasikan visi ini supaya generasi yang kita lahirkan merupakan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.insya-Allah.



No comments:

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.