Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
Merujuk surat edaran Jabatan Pelajaran Perak J.Pel.Pk.(AM)5114/3 Jld.1(38) bertarikh 04 Julai 2011 perkara diatas sukacita dirujuk. Untuk makluman, Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan amat berbangga dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan acara tersebut. Hatta, acara tersebut telah mendapat pujian daripada YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Perak dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah di Daerah Hilir Perak dibenarkan memohon Cuti Gantian pada 11 Julai 2011 (Isnin) dengan syarat mengemukakan permohonan (3 salinan Borang CK/80) kepada Pengarah Pelajaran Perak melalui Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada atau sebelum 07 Julai 2011. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi Penolong PPD Perhubungan dan Pendaftaran (Tn. Hj. Amir b. Kamaruddin) ditalian 019-5521135.
No comments:
Post a Comment