Thursday, July 23, 2009

PROGRAM JIRAN CEMERLANG



Program Jiran Cemerlang adalah satu program sokongan dalam program peningkatan akademik pelajar.Program ini dijalankan dalam bentuk kerjasama antara 4 buah sekolah dalam kelompok 5 dan 6.Sekolah yang terlibat ialah SK.Hutan Melintang,SK.Simpang Empat,SK.Tanjong Bayan dan SK.Teluk Buloh.

PIDATO DAERAH HILIR PERAK


Tersenyum kambing peserta menerima hadiah daripada wakil PPD. Cikgunya pula mendapat apa? Kambing? Sabo je le.....!


Pada jam 2.30 petang, 22 Julai 2009 telah berlangsung Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Hilir Perak di SK. Kampung Bahagia, Teluk Intan. Kelompok 5 telah menghantar Ahmad Farid Imran bin Dzulkipli dari SK. Hutan Melintang sebagai wakilnya.

Dalam pertandingan tersebut, Ahmad Farid berjaya mendapat tempat ke-3. Prestasi ini meningkat berbanding tahun lepas. Ini adalah kerana pada tahun 2008, wakil sekolah gagal memperoleh sebarang tempat dalam pertandingan yang sama. Johan dimenangi oleh wakil dari SK. Bagan Datoh manakala naib johan dari SK. Tanjung Bayan.

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kekurangan idea dalam pidato bahagian B. Selain itu, peserta juga kurang fasih dalam aspek komunikasi dalam bahagian yang sama. Justeru, kejayaan mudah diperoleh sekiranya peserta mampu menguasai bahagian B dengan baik. Semoga pihak sekolah mampu menggenggam kejayaan pada tahun 2010 kelak.

Wednesday, July 22, 2009

Program Gotong Royong Perdana



22 Julai. Satu program gotong royong bagi membersihkan dan memperindahkan persekitaran sekolah dan kelas telah diadakan pada hari rabu 22 Julai bermula jam 3.30 petang.
Program yang disertai oleh semua guru dan murid tahap 2 itu bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dikalangan warga sekolah disamping meningkat kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan.

Tuesday, July 14, 2009

Majlis Jamuan Perpisahan Cik Norhayati Md.Isa


15 Julai. Satu jamuan perpisahan bagi meraikan perpindahan Juru teknik komputer SKHM, Cik Norhayati Bt Md.Isa atau Yat telah diadakan pada pagi tadi. Majlis yang bermula pada jam 10.35 pagi telah dihadiri oleh semua warga SKHM.
Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan daripada Cik Norhayati. Beliau mengucapkan penghargaannya dan terima kasih terhadap semua warga sekolah yang telah banyak membantu beliau selama ini. Tuan Guru Besar, Tuan Hj.Kamalodin bin Mohamad yang mewakili semua warga SKHM di dalam ucapannya menyeru supaya beliau terus berkhidmat dengan cemerlang walau dimana juga tempat bertugas, seterusnya majlis penyampaian cenderahati kenangan dari kelab staf telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.

Monday, July 13, 2009

Peperiksaan Percubaan UPSR 2009


14 Julai. Pada hari ini semua murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR bagi tahun 2009. Seramai 58 calon akan menduduki ujian Bahasa Melayu Pemahaman pada jam 8.00 pagi ini , ia diikuti kertas Bahasa Melayu Penulisan pada jam 9.40 pagi, manakala kertas ujian Matematik akan bermula pada jam 11.30 pagi ini.

Kertas Matematik 2 pula akan berlangsung pada jam 8.00 pagi esok, manakala kertas peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris kertas 1 dan Bahasa Inggeris kertas 2 akan dilangsungkan pada hari Khamis.

Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR kepada semua calon tersebut . Semua warga SKHM mendoakan semoga semua calon mendapat 5A dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

PELANCARAN BULAN KECERGASAN SKHM...


Pada 13 Julai 2009, bertempat di Dataran Budi SKHM, telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kamalodin Mohamad, Guru Besar SKHM. Majlis bermula kira-kira pada jam 7.45 pagi.

Majlis dimeriahkan dengan acara senamthon di bawah bimbingan Cikgu Mohd Yusni Yunus. Walaupun guru-guru berpakaian formal namun semua itu tidak menghalang mereka untuk turut serta dalam acara senamthon tersebut. Sesungguhnya, pakaian itu bukannya menjadi satu alasan untuk mengelakkan diri kita daripada bersenam ! Biasalah.....hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!!!

Semua murid turut "enjoy" dalam menjayakan program senamthon tersebut. Oleh itu, janganlah kita terlalu memaksa murid untuk bergelumang dengan akademik sahaja kerana BADAN CERGAS, MINDA CERDAS...!

LADAP SKHM...


Pada 11 Julai 2009, telah berlangsung LADAP bertempat di Makmal Komputer (2) SK Hutan Melintang. Atur cara bermula kira-kira pada jam 8.30 pagi. Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Kamalodin Mohamad telah bertindak selaku penceramah pada majlis tersebut. Topik yang diperbincangkan ialah Cara-cara Menangani Stres. Banyak ilmu yang diperoleh terutamanya oleh guru-guru kesan daripada ceramah tersebut.

Selepas rehat untuk bersarapan pagi, slot 2 disambung semula oleh Tuan Guru Besar. Slot ini berkaitan dengan peraturan dan undang-undang dalam perkhidmatan keguruan. Sesungguhnya, kerjaya sebagai seorang guru ini penuh dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Namun, semua itu takkan menggugat hati waja seorang insan bergelar GURU !

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.