
15 Julai. Satu jamuan perpisahan bagi meraikan perpindahan Juru teknik komputer SKHM, Cik Norhayati Bt Md.Isa atau Yat telah diadakan pada pagi tadi. Majlis yang bermula pada jam 10.35 pagi telah dihadiri oleh semua warga SKHM.
Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan daripada Cik Norhayati. Beliau mengucapkan penghargaannya dan terima kasih terhadap semua warga sekolah yang telah banyak membantu beliau selama ini. Tuan Guru Besar, Tuan Hj.Kamalodin bin Mohamad yang mewakili semua warga SKHM di dalam ucapannya menyeru supaya beliau terus berkhidmat dengan cemerlang walau dimana juga tempat bertugas, seterusnya majlis penyampaian cenderahati kenangan dari kelab staf telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
No comments:
Post a Comment