


Pada hari ini, 8 September 2009 bermulalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dinanti-nantikan kehadirannya selama ini. Pelbagai gelagat murid dapat kita lihat pada hari ini. Ada yang tenang, gementar, teruja dan ada juga yang "selamba deq" sahaja. Biasalah tu....
Kertas Bahasa Melayu Pemahaman merupakan kertas pertama yang diduduki oleh murid-murid. Kemudian, diikuti oleh kertas Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik. Esok, kertas Matematik akan berlangsung. Akhirnya, pada 10 September pula akan menyusul kertas Bahasa Inggeris dan Sains.
Selamat menduduki peperiksaan dan semoga beroleh kecemerlangan. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment