
11 April, (Sabtu) SK Hutan Melintang telah menghantar pasukan bola sepak bawah 12 tahun menyertai kejohanan bola sepak di peringkat kelompok 5 di SK Ulu Bernam. Sebanyak Empat pasukan sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SK Hutan Melintang, SK Sungai Samak, SK Ulu Bernam dan SK Sungai Buloh.
Perlawanan dijalankan secara liga satu kumpulan. Pasukan sekolah SK Hutan Melintang dianggotai seramai 16 orang murid. Manakala guru yang terlibat mengiringi pasukan sekolah ialah Cikgu Mohd Yusni Yunus sebagai Pengurus dan Jurulatih Pasukan Sekolah, Ustaz Suhaimi sebagai penolong Jurulatih, Cikgu Ashady, Ustaz Mohd Fairus dan Cikgu Radhi.
Pasukan SKHM telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut setelah mendapat keputusan seri 0-0 dengan SK Sungai Buloh, menang 4-0 dengan Sk Sungai Samak dan kalah 0-1 dengan pasukan tuan rumah SK Ulu Bernam.
Pada perlawanan terakhir tersebut seorang pemain SK Hutan Melintang yang bertindak sebagai pemain penyerang telah mendapat kemalangan, murid tersebut iaitu Mohd Farid Imran Zulkifli , dia telah mengalami patah pergelangan tangan kanan setelah berlaku perebutan bola dengan pemain pasukan SK Ulu Bernam. Dia terpaksa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment