Sunday, October 5, 2008

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Idulfitri


28 September. Majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan pada 28 september 2008 bertempat di Dewan Kantin SK Hutan Melintang. Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan kesinambungan aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan pada setiap hari persekolahan yang bermula jam 10.35 pagi sehingga jam 11.05 pagi sepanjang bulan ramadhan yang lalu.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk :

1. Mendaulatkan ketinggian dan kesucian Al-Quran sebagai mukjizat yang agung.

2. Meraikan kedatangan bulan Ramadhan dengan pengisian yang berfaedah

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan murid-murid.

4. Ia merupakan aktiviti kemuncak tadarus Al-Quran yang dijalankan setiap hari persekolahan pada bulan Ramadhan.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi dan seterusnya majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd.Fairuz sebagai naqib. Seramai 22 orang murid terlibat sebagai pembaca surah dalam menjayakan program ini .

Majlis penyampaian sumbangan hari raya Idulfitri pula telah disempurnakan oleh guru besar SK Hutan Melintang iaitu Pn.Hjh Noraini binti Muhammad. Seramai 12 orang murid yatim dan 4 orang murid miskin telah menerima sumbangan dari pihak sekolah pada hari tersebut.

Aturcara pada hari tersebut diakhiri dengan majlis beselawat keatas nabi saw dan bersalam-salaman serta bermaaf-maafan diantara murid, guru serta kakitangan sekolah bersempena Idulfitri.

1 comment:

sakura_nueun said...

sedih je..ni la hari last praktikal kat SKHM..rindu sangat kat SKHM

CARIAN ID FROG VLE MURID & PENJAGA

Masukkan No.KP murid pada ruang yang disediakan.