Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam
Sejahtera Warga SKHM.
Selamat Tahun Baru 2015 dan bermulanya sesi persekolahan yang baru.
Pelbagai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan bagi mencapai visi sekolah
yang telah ditetapkan. Semoga kita semua mempunyai azam dan iltizam yang sama
untuk mencapai wawasan yang diharapkan.
Cabaran kita dalam
usaha merancang, melaksana, dan memastikan hasrat kita mencapai visi sekolah
haruslah dilakukan secara penuh iltizam dan istiqamah. Tindakan dan pemikiran
kita difokuskan untuk mencapai perkara-perkara berikut:
Kecemerlangan
Pengurusan dan Kepimpinan
Kecemerlangan
Akademik
Kecemerlangan
Sahsiah
Kecemerlangan
Kokurikulum
Kecemerlangan
Komunikasi
Kecemerlangan Budaya dan Iklim Sekolah
Justeru, marilah kita mengatur langkah dan bergerak seiring bagi
melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus ke arah kecemerlangan yang
diharapkan. Semoga semua tindakan kita dapat memenuhi intipati yang dinyatakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia 2013 – 2025.
Semoga
segala komitmen dan integriti kita diberkati dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Ada wawasan, tiada tindakan ~ mimpi
Ada tindakan, tiada wawasan ~ buang masa
Ada wawasan, ada tindakan ~
mampu mengubah dunia
“SKHM UNGGUL:
SISTEMATIK ~ KOMITED ~ INTEGRITI”
ZAINAL BIN BAHARI
GURU BESAR.
No comments:
Post a Comment